Kajian kepustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku-buku ilmiah, jurnal, artikel seminar dan laporan. Sumber-sumber yang didapati boleh dijadikan sebagai panduan bagi melakukan kajian tindakan dan seterusnya menyediakan laporan kajian untuk diterbitkan sebagai artikel dan jurnal. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian tindakan mereka. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu membanding dan membezakan, menganalisis, menilai, membuat kesimpulan serta mensintesis.
Membanding dan membezakan
Proses ini dilakukan bagi mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria-kriteria yang tertentu. Kaedah ini digunakan apabila terdapat dua atau lebih ciri-ciri atau kemungkinan dalam sesuatu bahan literatur yang dikaji. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pilihan atau keputusan yang tepat perlulah dilakukan untuk memastikan kajian yang akan dilakukan berjaya dan bermanfaat kepada semua. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah yang pertama, perhati dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisisan data. Kemudian, kenalpasti ciri kajian tindakan dan tentukan ciri-ciri yang sama antara satu dengan yang lainnya. Cari persamaan dan perbezaan antara kriteria-krirteria tersebut.
Menganalisis
Proses ini dilakukan bagi mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta bagi mencari makna yang tersirat. Proses ini juga dilakukan bagi mengenali dan memahami hubungkait antara bahagian-bahagian serta untuk mengenali prinsip-prinsip yang terlibat dalam sesuatu kajian yang dilakukan.
Menilai
Proses ini dilakukan bagi membuat pertimbangan mengenai sesuatu perkara dari segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Penilaian dilakukan untuk membuat keputusan bagi memilih sesuatu serta menerima atau menolak idea.
Membuat kesimpulan
Membuat kesimpulan merupakan suatu proses membuat pernyataan mengenai hasil sesuatu kajian yang dilakukan berdasarkan kepada sesuatu hipotesis. Ianya juga bagi mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Proses ini juga dilakukan bagi membuat keputusan, menerangkan sesuatu perkara serta meramal dan menyokong pernyataan.
Mensistesis
Proses ini melibatkan penggabungan beberapa idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan suatu gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ohhh.. terima kasih for the info:)
ReplyDeletehebat
ReplyDeleteSangat membantu.Terima kasih atas info ini.
ReplyDelete