Saturday, May 2, 2009

REFLEKSI BINA INSAN GURU II

Senarai penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri:
• Disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi.
• Perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa hadapan.
• Perlu melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu pandai menguruskan masa dengan lebih efisien.
• Perancangan perlulah dilakukan dengan lebih teliti agar tidak timbul lagi masalah sewaktu menjalankan aktiviti. Segala masalah, perancangan dan makluman aktiviti perlulah dirujuk kepada orang yang lebih arif.

Matlamat pelan tindakan
• Memperbaiki segala kelemahan dalam diri bagi meningkatkan potensi diri dalam segala aspek.

Objektif pelan tindakan
• Disiplin dalam diri dapat ditingkatkan khususnya dalam pengurusan masa supaya sentiasa dapat ditepati.
• Menjadi seorang yang berkaliber serta mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi.
• Perancangan yang lebih awal dan teliti dapat dilakukan.

Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan
• Meminta rakan-rakan memberikan komen yang membina mengenai diri saya. Dengan cara ini, saya dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam diri saya. Segala kritikan akan saya perbaiki dan kelebihan akan saya tingkatkan dari semasa ke semasa.
• Menghadiri kursus-kursus kepimpinan, kem motivasi dan seminar-seminar yang berkaitan bagi meningkatkan motivasi dan disiplin dalam diri serta ke arah pembentukan sahsiah yang terpuji.
• Sebagai seorang pemimpin, saya perlulah mengagih-agihkan tugas kepada ahli-ahli jawatankuasa bawahan agar segala pelaksanaan dan perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan ini matlamat organisasi dapat dicapai.
• Menyediakan jadual waktu harian agar segalanya sentiasa teratur dan dapat dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Perlulah menyusun perkara mengikut keutamaan.

Pengumpulan data
• Data-data saya akan perolehi daripada sesi soal jawab dan komen-komen yang akan diberi oleh rakan-rakan.
• Saya juga akan menyenaraikan tugasan-tugasan yang perlu dihantar pada waktu yang ditetapkan. Saya dapat mengetahui sama ada saya dapat menghantar tugasan tersebut pada masa yang ditetapkan ataupun tidak.

Pemantauan
• Pemantauan secara berterusan perlulah dilakukan. Setiap hari saya akan menyemak sama ada objektf yang telah ditetapkan untuk hari tersebut dapat dicapai atapun tidak.
• Saya juga akan bertanya pendapat rakan-rakan mengenai prestasi diri saya dari semasa ke semasa.


Penilaian

• Penilaian adalah penting bagi menyemak sama ada kaedah yang digunakan adalah berkesan ataupun tidak. Maka, setiap hari saya akan menilai keberkesanan kaedah yang telah saya gunakan. Adakah kaedah tersebut dapat memperbaiki dan meningkatkan potensi diri saya ataupun tidak. Jika masih tidak memberikan kesan yang ketara, kaedah yang baru perlulah dirancang dan dilaksanakan.
• Penilaian boleh juga dilihat daripada hasil yang diperolehi. Ini dilihat dari segi ketepatan masa, keterampilan, bakat kepimpinan yang terserlah dan perancangan aktiviti yang tersusun. Hasil yang memberangsangkan menunjukkan kaedah yang digunakan adalah berkesan dan perlu diteruskan serta ditingkatkan lagi.

1 comment:

  1. okey jugak, thanks...boleh ke sy nk guna buat panduan refeksi

    ReplyDelete