Friday, May 15, 2009

Sebab -sebab Orang Menentang Perubahan & Cara Mengatasinya

Tugasan berkumpulan.
Mohd Faizal bin Mahmod (P48647)
Noor Azima binti Zohari (P48685)
Norhidayu binti Mohd Naim (P48664)

Antara sebab-sebab orang menentang perubahan adalah seperti berikut.
1) Mereka takut adat kebiasaan mereka akan musnah/luput dek kerana berlakunya perubahan.
2) Bagi mereka perubahan selalu membawa kepada sesuatu yang negatif dan sukar untuk ditafsirkan. Maka, mereka akan menolak sekeras-kerasnya perubahan tersebut.
3) Pemikiran mereka yang kolot dan masih tidak berkembang.
4) Sifat individu tertentu yang malas untuk melakukan segala perubahan, meskipun dalam diri sendiri.
5) Anggapan diri bahawa sesuatu perubahan itu adalah sesuatu yang kompleks dan sukar untuk dilaksanakan kerana melibatkan pelaksanaan beberapa perkara khusus tertentu.
6) Perubahan melibatkan anjakan tindakan kepada sesuatu yang berbeza. Sekiranya dalam sesuatu situasi itu mereka sudah biasa dan selesa dengannya, apa gunanya perubahan? Maka,perubahan itu tidak akan berlaku dan ditolak sekeras-kerasnya.
7) Bagi mereka, pembaziran dari segi masa dan wang ringgit akan berlaku sekiranya perubahan yang dilakukan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.
8) Kadangkala, akibat sering kali menghadapi kegagalan apabila setiap kali perubahan dilakukan juga turut mendorong mereka menentang perubahan.


Cara mengatasinya adalah seperti berikut.
1) Menganjurkan kem motivasi dan pemantapan sahsiah diri agar mereka bersedia melakukan perubahan di dalam diri.
2) Brainwash dengan menekankan bahawa perubahan itu membawa kepada sesuatu yang positif dan berharga.
3) Sentiasa menanamkan pemikiran yang positif bahawa perubahan itu sesuatu yang bererti dalam kehidupan.
4) Kegagalan itu mesti dihadapi dengan hati dan minda yang terbuka agar perubahan itu membuahkan kejayaan. Sememangnya setiap perkara itu mesti ada kegagalan dan cabaran yang perlu ditempuhi dengan tabah. Itu semua adalah dugaan sebelum tibanya kejayaan.

1 comment:

  1. SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-Seminar

    ReplyDelete