Saturday, May 2, 2009

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Contoh tajuk : Pembahagian Sel (Cell Division)

1. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk tersebut.
• Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar bagi menarik perhatian mereka dan mengelakkan mereka tidur sewaktu sesi P&P.
• Pelajar tidak memberikan perhatian semasa guru mengajar.
• Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru lebih menumpukan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran berbanding pemahaman para pelajar mengenai topik tersebut.
• Keadaan persekitaran yang tidak kondusif.
• Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk tersebut. Ini menyukarkan mereka memahami konsep-konsep yang ditekankan dalam topik tersebut. Topik ini memerlukan kemahiran imaginasi para pelajar bagi menggambarkan pergerakan kromosom di dalam nukleus. Gambarajah sahaja tidak memadai jika tiada usaha daripada para pelajar sendiri.

2. Cadangkan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
• Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pembahagian sel boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan.
• Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil, mereka dikehendaki merekabentuk model mitosis dan sitokinesis dengan menggunakan kad manila, plastisin, pensel, pemadam, gunting, bebenang halus dan gelungan bebenang kasar yang berwarna biru dan merah. Warna biru dan merah ini bagi membezakan pasangan kromosom homologus yang berbeza. Pada akhir sesi P&P, mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.
• Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Misalnya, kaitkan topik pembahagian sel dengan topik yang telah dipelajari, iaitu struktur dan organisasi sel.
• Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
• Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik pembahagian sel.
• Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.

2 comments: